Rekod PBD, semakan buku, token sahsiah, bukti PSV dan portal ibu bapa. Semua dalam satu sistem yang dibina khas untuk guru.

5 Modul
PBD, Semakan Buku, Sahsiah, PSV, Portal
TP 1 hingga 6
Ikut format PBD terkini
Export Excel
Muat turun rekod bila perlu
Tanpa Login
Portal ibu bapa terbuka
Lima modul utama
Setiap modul dibina untuk menjimatkan masa guru, bukan menambah kerja.
Rekod Tahap Penguasaan untuk setiap murid mengikut subjek. Klik pada petak, pilih TP, siap. Muat turun ke Excel dengan formatting lengkap bila-bila masa.
Semak penghantaran buku latihan mengikut tarikh. Satu klik tukar status: hantar, tidak lengkap, atau tidak hantar. Token sahsiah dikemaskini secara automatik.
Catat tingkah laku positif dan negatif murid. Pilih dari 19 preset atau tulis sendiri. Ibu bapa boleh lihat papan kedudukan token anak mereka.
Modul tambahan untuk guru PSV yang berminat. Murid hantar gambar hasil karya, guru semak dan beri penilaian. Token dijana automatik, semua dalam satu tempat.
Ibu bapa masuk guna nombor KP anak, tiada akaun perlu didaftarkan. Boleh lihat rekod PBD, token sahsiah, dan papan pencapaian kelas secara langsung.
Kenapa e-Rekod wujud
“Guru sepatutnya fokus mendidik, bukan bergelut dengan borang dan sistem yang separuh siap.”
e-Rekod bukan sistem yang dijana dalam beberapa minit. Ia dibina dari awal dengan satu matlamat: memudahkan kerja harian guru melalui sistem yang benar-benar berfungsi. Setiap klik direkod secara realtime. Tiada data hilang, tiada masalah yang perlu cikgu selesaikan sendiri. Cikgu guna, kami yang jaga.
Cara guna
Tidak perlu latihan khas. Buka, klik, dan rekod terus disimpan.
Buka e-Rekod, pilih kelas anda dan subjek yang hendak direkodkan. Senarai murid akan terpapar secara automatik.
Klik pada petak TP untuk rekod PBD, pilih jenis token untuk sahsiah, atau semak bukti karya PSV yang dihantar murid.
Semua rekod yang disimpan boleh dilihat oleh ibu bapa melalui portal khas. Mereka hanya perlu masukkan nombor KP anak.
Kenapa e-Rekod
Tiada perlu muat turun aplikasi. Buka dalam pelayar web di telefon, tablet, atau komputer.
Tahap Penguasaan 1 hingga 6 mengikut format pentaksiran PBD yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Antaramuka yang mudah difahami. Tiada ciri yang rumit atau tidak perlu. Fokus kepada apa yang guru perlukan sahaja.
Soalan lazim
Demo boleh dicuba sepenuhnya tanpa bayaran. Versi penuh adalah perkhidmatan berbayar melalui langganan bulanan untuk guru secara persendirian. Harga akan dimaklumkan kepada mereka yang mendaftar senarai menunggu.
Boleh. Portal Ibu Bapa membenarkan akses menggunakan nombor kad pengenalan anak. Tiada akaun perlu didaftarkan.
Data hanya boleh diakses oleh guru dan ibu bapa yang mempunyai No. KP murid. Sistem ini direka untuk kegunaan guru dan ibu bapa sahaja. Data disimpan dalam pangkalan data yang menggunakan penyulitan, dan setiap guru hanya dapat melihat data mereka sendiri.
Boleh. Rekod PBD dan semakan buku boleh dimuat turun dalam format Excel (.xlsx) yang lengkap dengan formatting pada bila-bila masa.
Boleh. e-Rekod dibina untuk berfungsi di pelayar web, jadi boleh digunakan di telefon, tablet, atau komputer tanpa perlu memuat turun sebarang aplikasi.
Buat masa ini, e-Rekod dibina khusus untuk guru secara persendirian. Setiap guru melanggan dan menguruskan kelas mereka sendiri. Pakej untuk peringkat sekolah belum dalam perancangan, tetapi kami terbuka kepada maklum balas.
Senarai menunggu
Kami akan hubungi anda dengan maklumat harga dan pakej apabila e-Rekod sedia dilancarkan. Tiada komitmen diperlukan.